Beberapa daerah di Sarawak kini dilanda banjir kilat apabila hujan tanpa henti sejak 24 jam yang lalu.
Antara daerah yang terjejas ialah Kuching, Miri, Bintulu, dan Serian.
Setakat jam 3 petang ini, seramai 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak.